Friday 21 December 2012

Char Koay Tiow Mantaappp!!

Rabu 19 December 2012,

   Malam tu Tangankarat sekeluarga bersiap - siap nak bawak sekeluarga gi makan, Birthday orang rumah, jadi cakap ngan dia takyah masak kita g je kat luar, 

  Teringin punya pasal, dari Nilai sampai la Tangankarat ke Danau Kota nak makan Char Koay Tiow ngan Nasi Lemak Ayam paling power kat KL yang rata2 tau memang MANTAPPP la..



Beratur panjang tak menjadi masalah kat Tangankarat, sebab lapar pon yer!! Sampai jer terus g beratur amik Nasi Lemak lauk ayam telur goreng tambah haha ngan Char Koay Tiow. Menitik air liur tengok makanan - makanan ni semua. 

Restorant Mali's Corner ni Memang jadi tempat lepak Tangankarat dulu masa bujang. Tak sah kalau seminggu tak datang, korang yang mana biasa g mesti tau tul tak




Nasi Lemak Ayam ni korang rasa Ayam dia Terbaikkk!!


   Bagi korang yang tak tau nak makan kat mana area KL ni, korang g la try Char Koay Tiow ni memang terbaik, Nasi lemak ni pon Baikkkk NYER!!, bukan nak promo tapi serius memang best.

   Bayangkanlah dulu kedai kecik je kat Wangsa Maju, skang ni dah merata rata cawangan nye kat KL ni, siapa yang datang kalau tak cuba memang tak sah la gamaknya , Serius meleleh la air liur tu..
Tangankarat bagi lima bintang ***** kat kedai Mali's Corner sebab ada makanan yang best ni. Cayalah!!

   Esok malam start kereta ke motor ke trus bawak family korang kat sini,baru korang tau apa yang Tangankarat ceritakan Salam.......

BOTOL SPRITE ,COCA - COLA , PEPSI ,7UP, F&N


KHAMIS 20 DISEMBER 2012


    Lama Tangankarat tak dapat update cerita baru tuk blog Tangankarat. Sibuk dengan kehidupan seharian nak mencari sesuap nasi lah katakan. Malam ni lepas semua dah clear, Tangankarat tarik laptop dan update cerita pasal satu lagi hobi Tangankarat ni,




    Ye, botol lama memang menjadi lagi satu hobi yang Tangankarat gemari, mungkin ramai tak tahu tetapi inilah sebenarnya. Tangankarat mula gemar mengumpul botol botol daripada jenama Coca - cola , Sprite, 7up, F&N dan memacam lagi la disebabkan keunikan yang ada pada bentuknya dan sebab dah rare.Sekarang ni , kalau gi kedai minum air bergas ni, mana lagi dihidangkan dengan botol2 macam ni betul tak? Ramai generasi skang ni pon dah tak kenal botol2 ni lagi. Tin dorang kenal la!.



  Minat nye pasal, teringat kat kampung Tangankarat ada satu kedai kopi lama milik pakcik Tangankarat. Balik je kampung terus menggeledah belakang kedai mana tau dapat botol2 rare ni, Alhamdulillah memang ada rezeki, jumpa botol2 ni siap rak (crate ) ori dia lagi. Pengaruh blog "botologi" ade gak hehe!

   Apalagi, Tangankarat pon angkut la semua botol tu, nak basuh. Terkejut la pakcik Tangankarat sambil bertanya " apo ko nak buek botol tu ?" haha. Tangankarat ceritakanlah serba sedikit. Sampai rumah rendam ngan sabun seminggu. Nah berkilat pon, payah gak nak cuci benda ni. Terserlah la tulisan kat botol tersebut dan ada daripadanya memang rare dan susah nak kesan perbezaannya.

Coke depan ada tulis Coke kecik, yang belakang xde pon!!

   Tapi rasanya banyak banyak botol yang Tangankarat sayang ialah botol Sprite ni, Rujuk gambar bawah ni! Sprite yang pertama bertitik merah, kedua sprite titik kuning dan yang ketiga dan yang rare tu  ialah sprite bintang. Ada satu je sprite bintang ni Tangankarat dapat jumpa dari semua longgokan botol tu. Memang mengumpul benda2 lama ni mempunyai kepuasannya sendiri yang tak tau nak ceritakan bila kita dapat benda yang orang takde. 


















Botol2 jenama lain ada gak contohnya botol Pepsi tu, Tangankarat baru dapat kumpul dua je yang berbeza coraknya. Botol2  F&N, 7up. Kickkapoo dan jenama minuman lama pon ade Tangankarat kumpulkan sekali.





    Kesemua botol botol ni Tangankarat simpan rapi dalam almari rare gak, nanti Tangankarat update lagi pasal almari ni.Umur almari ni lama gak la , masih ada gambar ibu Tangankarat bergambar sebelah almari sewaktu beliau masih kecil lagi.


Semua botol ni ada keistimewaan nya bagi peminat peminat botol dan barangan lama ni.









  Buat masa ni Tangankarat x nak jual la barang2 ni sayang, jadikan perhiasan jer kat rumah. Ada juga yang tanya2 nak beli satu dua botol. Tangankarat x kasi pon haha.. Tapi Tangankarat respect gak kat yang bebetul fanatik kat botol2 ni sampai sanggup merantau negeri2 lain nak cari botol jer. Apa- apapun teruskan usaha anda brader2 semua.

Saturday 8 December 2012

PASAR MALAM BANDAR SRI PUTRA


8 DISEMBER 2012


    Petang tadi boring tak tau nak buat apa,, tanya orang rumah terus dia ajak Tangankarat ke Pasar Malam. "Kat mana harini?" tanya Tangankarat kat orang rumah. Dia balas "katt Bandar Sri Putra harini".
Jadi siap- siap terus gi cari nasi ayam kononnyer.

   Kat Pasar Malam ni , rasanya gerai yang ramai kedai memula sekali , iaitu kedai bakso, mihun dan pelbagai sup. Tangankarat juga tak lepaskan peluang singgah kalau datang ke situ.




  Puas Jalan sampai ke hujung x tau apa nak beli, jadi pegilah singgah kedai nasi ayam. Anak bongsu Tangankarat sibuk nak, dari haritu duk menyebut. Jumpa satu kedai tu try jelah .


    Kedai -  kedai lain macam Pasar malam lain la, penuh jual baju ngan kasut dan pelbagai keperluan rumah. Aduih dah lemas ngan asap & lenguh dukung anak bongsu tu. Biasalah budak kalau penat terus suh dukung.

 
   Penat singgah beli jagung lak, last last Tangankarat ngan orang rumah yang tak tau nak makan apa, gerak pegi ke kereta , start terus cari kedai kat luar. Itulah gamaknyerrr.

DIY BMW E36 OBC Sensor

 7 Disember 2012


    Petang ni sambil menunggu pekerja datang untuk pasang khemah, Tangankarat pun beleklah bini kedua Tangankarat ni sikit - sikit. On jer switch kereta , ushar kat OBC ( On Board Computer), aduih ada bacaan yang tak best jer, OBC tulis Check Coolant Level.



   Rasanya tak sampai 2 hari baru isi air radiator, jadi Tangankarat terus je bukak bonet depan tu, ushar la apa yang berkenaan. Bukak jer tabung coolant tu penuh jer air lagi, nie mesti ada kena mengena dengan sensor! Jadi Tangankarat pon belek lah sampai jumpa masalah kecik yang "MENJENGKELKAN" ni.



   Dah jumpa masalahnye, sah sensor! , BMW ni kalau ada hal korang check la sensor dulu, takyah la nak pegi trus ke workshop sebab biasalah dorang ni, kalau kereta model continental ni masuk workshop terang mata dorang nak mengikis duit tuan empunya kereta tu. Pernah aircond Tangankarat ada masalah x sejuk, Jadi masa tu baru lagi beli takut lg nak usik, terus la ke Shah Alam ada kedai specialist luar kat sana. Dorang check dan bagi harga lebih kurang rm3k, perghh terangkat la kejap Tangankarat. Tangankarat x jadi buat terus jer cari kedai luar sekitar ibukota. Jadi teringat penah servis aircond dekat kampung baru belakang Petronas NGV tu. Sampai situ pakcik tu tengok la apa yang patut , dia kata ni kecik jer ni , aku pon spare la seribu lebih. Rupa2nye hose nak ke kompressor je bocor, dan korang nak tau berapa kena? RM300 jer siap topup gas sekali. Cepat je Tangankarat hulur duit hahah!. Tu yang jadi pengajaran tu


   Sambung balik bab sensor tadi, dah jumpa je masalah tu, terus Tangankarat DIY la macam biasa. Pikir macam mana socket sensor ni nak di modifiedkan.Gambar kat bawah tu korang boleh tengok socket da dah takde lagi, Tangankarat habis pikir dapat idea bila ushar2 barang yang ada dalam toolbox Tangankarat ni.Tangankarat gunakan klip wayar yang cucuk kat speaker tu kaler gold.






   Gambar kat atas dan bawah ni la socket yang patah tu, Jadi Takyah la benda kecik ni nak jadi isu kan, takyah la nak ori sangat diy kan ajer. Banyak dah barang bmw ni Tangankarat DIYkan nanti Tangankarat citerkan.




   Dapat jer klip tu, Tangankarat potong wayar sensor tu tadi, kepitkan wayar tu kat klip speaker tu, klip tu pulak Tangankarat bentukkan bulat, kat sini masalah gak sikit kena kopek bentuk asal slow2 takut patah lak klip tu. Dah siap  bentuk bulat tu Tangankarat tape kan dengan pita pembalut wayar. Siapkan kedua - dua belah wayar dan balut dengan kemas, takut touching lak nanti.


    Ada lagi cop kedai potong kat Enjin BMW Tangankarat ni, Enjin ni model 2800cc atau senang citer 328i, 3 bulan lepas pernah naik panas, jadi ambil keputusan tukar je enjin. Enjin lama tu sayang gak , tapi lupa isi air punya pasal la menggelegak enjin kat Bandar Sri Putra, Kalau nak top overhall Tangankarat tak percaya sangat dengan bengkel2 ni, komfem barang dalam enjin ni x ori dan tak betul pasang, takut feel keta ni hilang, dan lagi satu blok bmw pakai Aluminium. Kalau x betul machine shop buat lay atau skim, komfem panas balik sebab tak rata dorang buat skimming tu.Tangankarat syor kan tukar je enjin. Harga enjin BMW ni murah je.Yang selalu cakap mahal ni tokei workshop sebab up harga nak untung lebih. Jadi banyak la suh overhall sebab kos tinggi, dorang untung banyak laaa!!Tangankarat beli RM1950 jer dan upah pasang rm800. Bebetul puas hati, bayangkan la kalau pakai Wira pon convert enjin GSR 1800cc , Harga market dekat RM10k pasang belum lagi. Bukannya macam zaman Tangankarat main proton dulu. Harga dan enjin GSR dulu murah, tak pandang pon. Sibuk dengan VR4 4g63 atau Enjin Evo jer terus. Banyak gak la Tangankarat habis kat proton saga dulu.(Duit PTPTN hahah)


                              


                              

    Barang - barang ni memang sentiasa ada je mana Tangankarat pegi, tak sah kalau tak bawak takut kena apa 2 tengah jalan, tools macam ni lah banyak membantu. Akhirnya siap jugak DIY  Tangankarat kat bini kedua ni, On je enjin check kat OBC semua dah clear. Alhamdulillah, tak yah g kedai. 


Sambungan semua dah siap, kalau nak cantik lagi balut la dengan pembalut wayar kemas kemas.


   Itulah tadi cara cara nak DIY keta Tangankarat ni, memang banyak komponen enjin ni Tangankarat Diy buat sendiri mana yang boleh sebab kengkadang panas gak  kalau workshop buat kasar. Belting aircond, brake, wiring lampu, radio, fuses, dan banyak lagi la Tangankarat DIY je sendiri. Kalau yang besar tu baru g kedai. Ok la kan?


KERETA LAMA TANGANKARAT


   Kat bawah ni sumer citer lama, masa zaman baru nak naik, dari Daihatsu Charade ke Proton Saga ke Iswara ke Myvi, Honda SM4 (Honda kereta orang tua aku) Semua Tangankarat dah rasa, tapi bab Myvi tu panas sikit, kereta tu Tangankarat beli baru , tapi Tangankarat berhenti tepi jalan ngan anak bini , lebih sepuluh kali kot semua sebab wiring myvi yang pihak dorang tak boleh settle, tu yang ambil keputusan muktamad ambil BMW lama ni puas hati. 90% barang dia masih dari tahun pembuatannya tahun 97 dulu, Kompresor aircond Alhamdulillah masih yang asal. 
  
  Tapi semua ni sebab panas kat sorang member yang beli BMW e30 tahun 86 kot nama dia Najib. Masa Tangankarat beli Myvi dia boleh park kereta BMW lama Tahun 86 macam Awie pakai tu sebelah Tangankarat, perghh tergugat iman Tangankarat tengok keta dia walaupun Myvi masih bau kedai. Yang best tu member2 lain ushar keta dia, Myvi Tangankarat doarang tak usik pon , membazir je beli sportrim masa tu. Argghhhhhh!!!
                             
WCR 2844 memang legend la kat Tanagnkarat, body luar standard jer saje nak titik keta kaum yang makeup macam nak terbang.
                                 
4g63 memang kegilaan ramai kerana keganasannya, 


Ni la makeup Tangankarat, senang x kacau kat JPJ, ada disc ni!!

Belah kiri Myvi Tangankarat Kanan Nasrul nyer, yg shining tuee Tangankaratnyer lahh!!


Memang sayang baru kereta ni, tapi buat hal banyak sangat, Arghh tension, pernah tingkap x naik kuyup dalam hujan lebat. Tapi body Myvi memang tahan dari Proton jangan marah yer , tapi ni kenyataan. Tengok kancil2 lama masih ok lagi, betul tak?
                                  


   






Friday 7 December 2012

ACACIA MTB ( BASIKAL LER!)


6 NOVEMBER 2012

   

   Harini memang boring giler, tak tau apa nak buat. Start motor bawak anak gi ronda - ronda dalam taman kawasan Tangankarat ni, Acacia Park kat area Nilai ni. Dah pusing pusing terserempak ngan jiran jiran terbaik kat kawasan Tangankarat ni nama dorang Fendi (Mr Pertanian) & Aril (orang lorong aku panggil dia ketua kampung) 

   Sambil jalan bersaing Fendi terus sapa Tangankarat Jom join kayuh dekat dekat sini" dalam hati Tangankarat ada juga yang nak mengajak bawak basikal, bukan apa cerita bab taraf dan model segan la Tangankarat nak keluar basikal DIY Tangankarat tu.

   Tapi brother Fendi ni memang Tangankarat respect, dia ni memang pandai ayat, dia kata " bawak je basikal tu takpe kita bawak siar siar jer" Tangankarat cakap balik " kalau siap helmet bagai tak nak la",
Sampai depan rumah Aril bawak keluar anak - anak dia teman la kayuh jap coverline la kot x nak anak - anak ikut ride tu karang. Rupanya tak sampai setengah jam, timbul la sorang lagi jiran (panggil Cikgu jer) muncul dari lorong belakang siap segala bagai kat badan, bawak basikal baru dia

.
Posing baik Cikgu disamping basikal barunyer. 

   Perghh... sorang lagi keluar basikal, makin ramai la jiran taman ni join ride nanti, Tangankarat tau ni semua angkara racun berbisa siapa, x de orang lain yang punya racun BASTA 15 terbaik, selain dari Pegawai Pertanian sebelah rumah Tangankarat. Siapa lagi kalau bukan Fendi. Bermula dari hanya 2 orang sahaja dia berbasikal dengan jiran depan rumah Tangankarat, Sekarang ni semua dah dekat 11 orang dari kejiranan Taman Acacia ni dah diracuni baik punya. Ha ha , memang usaha murni, sebab tengok dorang ni ride basikal malam - malam memang menyatu padukan lagi penduduk taman ini. Taman ini memang tidak pernah sunyi dari aktiviti, rasanya setiap minggu memang ada sahaja aktiviti yang dilaksanakan tidak kira individu mahupun dari pihak Persatuan Penduduk sendiri.
    
  
Ni lah Fendi (kanan) MERACUN  JER!! hehe, 
Aril(kiri), Cikgu (tengah belakang)
    Tapi yang lawaknya, petang tu berakhir dengan hanya Aril dan Cikgu sahaja yang membuat kayuhan, Fendi,Tangankarat dan jiran - jiran yang lain habiskan petang tu dengan bertapa depan tembok rumah memasing, macam gelagat dia atas gambar tu, ( kalau sorang keluar jer macam ni la jadi depan rumah, Ahli mesyuarat la katakan!!)

   Tapi Fendi , Tangankarat respect sebab masih kekalkan ranking basikal termahal oppss.. x de lah memain jer, Basikal dia memang lawa tapi petang ni dia tak keluarkan pon. Racun racun Fendi ni menjadi jer, sorang demi sorang tersangkut kat basikal mtb ni, Tangankarat minat gak la , tapi kena labur ke lain dulu, InsyaAllah ada masa nanti sampai la kot tu.


Basikal Aril

    Petang tu sebelum jer Marghrib, jiran Tangankarat yang dorang mengayuh tadi sampai , keletihan tengok diorang ni, sembang sikit- sikit , Azan pon dah berkumandang, jadi petang tu habis la dengan seorang lagi jiran Tangankarat beli basikal baru, InsyaAllah ada masa lagi, Tangankarat akan update citer citer tentang dorang dgn ahli ahli MTB kat Acacia ni. Buat semua rider basikal Acacia semua , Semoga success dalam hobi korang semua Aminnn...

Ahli basikal Acacia ni:

Alias,Fendi, Aril, Amirul , Ezry, Cikgu, Shah (jual sport tu) , Razi, Pian, yang lelain tu kalau aku lupa nama tolong la update kat Tangankarat yer....

Dan kalau ada gambar basikal memasing tu send la kat Tangankarat , nak masukkan gambar kat blog Tangankarat ni.






Tuesday 4 December 2012

Yamaha Sport RM300 Part 2

   3 Disember 2012


   Sejak First Posting ( REFER BLOG ARCHIVE NOV 2012 TAJUK YAMAHA SPORT RM 3OO JERR ) Tangankarat taip pasal Yamaha Sport yang Tangankarat beli kat jiran rm300. Ramai yang agaknya nak tahu lebih lanjut tentang motor ni. Jadi seperti yang dijanjikan dalam post bulan November 2012 lepas, Tangankarat nak citer kesinambungan DIY motor sport Tangankarat ni.
   Pagi tadi Tangankarat memang free sikit , jadi Tangankarat pun terpikir nak DIY la Yamaha Sukan 100 tu. Jadi seperti mana yang diketahui mat mat motor ( dulu... skang panggil mat rempit) tempat syurga nak beli part motor kat mana lagi kalau tak kat Sentul. Jadi start kereta pagi tadi ajak orang rumah teman gi Sentul, Sampai sana pagi pagi lagi dah penuh motor singgah disitu mencari sparepart, upgrade dan servis.

   Korang cakap jelah, dari part motor tahun bila sampai la ke skang ni , ade je dijual kat Sentul ni. Honda, Yamaha, Kawasaki, Suzuki, kot ye pon DEMAK pon ader laa komfem nyer hahaha. Mana yang otai - otai lama tu selalu la singgah kat sini bawak motor - motor rare dorang tu , Kebanyakkan dressing cam Abg Jamal kita dalam citer Azura, bawak YPVS atau RD dorang perghh mantap la bro!!





   Sesampai jer kat sini, Tangankarat  ushar kedai - kedai lama ni, dah banyak yang dinaik taraf, tak macam dulu, makin maju skang ni. Tangankarat kalau sampai sini cari kedai yang warna hijau ni la senang, mintak je semua ade. Terpikir la budget yang ade, Masa tanya area Nilai semua barang dalam RM250++ tak masuk benda- benda kecik lagi, jadi bawak la dalam rm300 terus la ke kedai hijau tu. Sampai jer satu bro ni tanya Tangankarat , " Ye bang cari barang apa" baik jerr tarik customer la katakan, Jadi Tangankarat tanya lah boleh tak nak beli set SStwo convert kat 100 Sport tu. Dia cakap boleh bang tapi banyak keje nanti. Jadi malas nak penat2 Tangankarat mintak fullset cover 100Sport. Kira2 budget - budget semua masuk stiker first model yang belang je tu dan semua lampu & signal baru dalam rm175 jer, Erm baik ni.. Tangankarat terus on je lah, Tak lama lepas tu mamat tu datang bawak satu kotak besar cover set Yamaha 100 sport, dia kata" Rasanya ni dah siap sumer  dah ni bang , siap stiker , fearing putih semualah!!"  Tangankarat tanya balik" Abih tu harga camana?" Dia kata" boleh rendah lagi ni bro , Apalagi Tangankarat up lagi satu barang, lampu depan baru satu cermin meter satu, Jadi complete la sumer barang .







   Tangankarat nak bayar suh dia kira, Nah ko semua nyer RM158 jer Perghh memang puas hati berbaloi baloi lah!!, Mulalah gatal tanya sport rim lak, tapi lain kali la , pakai la apa yang ada dulu, bazir jerr, kalau ikut satu kedai tu nak beli. Siap je Tangankarat junjung je kotak tu bawak kat keta, orang rumah sabar je tunggu dalam keta, x de parking kat sini, memang tuk motor je hehe.





   Memang terukdah set sport Tangankarat ni, gambar 2 kat atas ni la buktinya, jadi Tangankarat dengan hormatnya mem"barai"kan semua komponen st motor ni petang selepas balik dari sentul. Tak larat dah tengok kaler merah mati ni Adoiyaiiii.


   Kusyuk kalau orang lelaki bab tanggal - tanggalkan part2 ni, nak buat camana syok ooo bukak sendiri, kat kedai tengok jer tak belajar apa apa nak buat apa? Baik tanggalkan sendiri, lepas lepas ni baru paham tentang barang tu.



   Anak sulong Tangankarat datang membantu,"Membantu la sangat!!" kat sebelah Ayahnya. Dia ushar jer, nanti lepas ni harap2 pandai la dia repair barang2 dia sendiri lak, ikut ayah nie.


Semua set lama diletakkan satu tempat.

    
   Habis terbarai semua. Bab ni yang lemah sekali, bab barai Handle, atau korang panggil kepala motor ni.  Yamaha lama kebanyakkan kena bukak habis kalau nak tukar set cover  handle.Bab wiring la yang lemah ni. Tapi takpa nak kilat nyer pasal. Huhh nak cerita memang teruk la petang ni, Macam bengkel jadinya depan rumah Tangankarat. abis terbarai motor 100 sport ni Tangankarat kerjakan, berpeluh lagi ketiak cam betul lori rosak kat Nusajaya tu.



Macam bengkel dah depan rumah!


                                  

   Tangankarat sebenarnya minat stiker secondmodel yang tiga jalur tu , tapi macam Tangankarat citer tadi, barang dah datang satu set ambik je lah, takyah nak membazir sangat. Nanti dahburuk TanganKarat tukar lah lagi. 


Ni lah set baru bakal pengganti set merah yang lama sangat dah tu!!



Shah, kenapa la ko tak bagi siap sport rim depan belakang, kejam bagi satu jer, Aduihhhh


Bukak je grip dia , nah owner lama si Shah tu siap balut lagi hanlde ni nak bagi grip sikit kot, stiker merah tu la tempat kerja si Shah ni, Terbaik la Shah, ko otai DIY la!!


   Ni barang kat handle yang paling malas bebudak Yamaha dulu dulu nak keluarkan banyak keje bro,alasan nye sebab nak pasang barang kat bawah ni jer, Dah alang - alang bukak, tukar sekali jer. Ingat zaman dulu malas sangat nak bukak , ada budak yang spray jer banda ni, memang nyusahkan , serius bro cuba la bukak motor Yamaha yang lelama tu bab ni korang memang kalah nyer..


Takpelah janji Shining!!!


Sabar ye sport , Dah malam ni !!, Adoiyaii memang letih la bab handle ni, bayangkanlah dari terang dah gelap dah nak settlekan tengkuk ni , Hilang gak sabar Tangankarat bab kat sini lah.Takpe Tangankarat keraskan semangat teruskan usaha, dah masuk terowong jangan pusing belakang, terus cari cahaya kat hujung " orang kata lah".


   Memang cover meter ni pon dah tua sangat , camnelah nak tengok minyak dah habis ke belum , Aduihhh. Tangankarat ada beli sparepart ni tadi, terus Tangankarat bukak slow2 dan gantikan dengan cover jernih yang baru.



Memang berbeza yang lama kat atas , Yang baru pulak kat bawah!


Terang jer tulisan dia lagi sebenarnya, stiker 2 Jepun owner lama semua Tangankarat siat jer kasi clear cam baru, Baru lah rare kan? Alhamdulillah semua masih berjalan lagi, Berfungsi dengan baik, Zaman dulu ada bebudak motor, buat stiker tuk meter2 dorang, tak kiralah Panther ke, Rxz ke, RG ke SS, serius !!, Kebanyakkan ikut tema minyak hitam dan jenama sparepart motor. Terbaiklahh


Syah ko janganlak nak beli balik nanti motor ni yer, penat Tangankarat bikin heheh


Nah ko naik seri balik, bila letak kat cover handle yang baru, tak sabar nak pasang kat motor tu, Tapi memikirkan wiring dan bab handle ni yang lemah ni, takpelah letak tepi dulu la, buat yang lain dulu...


Signal dalam plastik lagi niii.. Tunggguuuu....



Tapi ada satu hal lagi nak kena clearkan, Yamaha sport ni ada clutch yang dipasang kat motor ni, tu la pada awal - awal lagi Tangankarat cuba nak masukkan set SStwo, ni yang lemah ni kena la modified signal ni, sebabb nak bagi ruang untuk clutch nanti, owner lama suh buang jer clutch tu, tapi Tangankarat suke je, pick - up jer motor tu nanti, lagi pon bebudak lama ni biasa jer bawak motor clutch, bukan nyer macam motor skang nie.


Tangankarat buat tanda untuk dipotong kat signal baru ni, mintak2 jadilah, kalau tak kena beli lagi la gamaknya.


Ni alat memudahkan kerja, Kalau tak kena la potong atau kikir sendiri, Selamba jer Malam - malam ni tangankarat grinder. nak siap malam ni jugak. Badan dah layu jer ni bayangkanlah dari petang ni dah dekat tengah malam duk habis masa kat bahagian handle je lagi.


Kusut, kusut, kusut!! semua pasal clutch tu jerrr!!


Gosok lagi, gosok jangan tak gosok!!


Malam ni siap kot!!

Aduihh bayangkanlah, penat betul Tangankarat, jadi kalau nak tengok apa yang terjadi kat motor lama Tangankarat tu, jap tidur jap, pagi besok sambung lagi....




   Pagi dah..apa lagi sambung balik buat motor ni. Tangankarat sediakan spray berisi air sabun dengan stiker yang siap dibeli semalam, Bab ni pulak Tangankarat memang berjaga - jaga kalau silap sikit jer stiker mesti buruk dilekatkan, jadi kena lah buat dengan teliti.


   Sebelah dah siap, ferring depan pon dah siap Tangankarat kerjakan, sikit jer lagi nak siapkan sebelah pulak, Manalak spray nie, spray sabun pon takleh banyak banyak, nanti tak lekat. Makin susah la jadinya kalau banyak sabun.Lepas spray sapu dulu dengan kain bersih takut ada batu batu kecil.



Stiker dilekatkan dengan teliti, Kalau la dapat stiker second model tu kan best, Tapi takpe, yang penting masih dalam budget lagi.


Tengahari , Tangankarat pi beli besi sub tayar depan tu, selamba je ko Shah pakai paku, tak berani la, beli je yang baru, kang tercabut tayar kang.


Grip nie pon menjadi mangsa gak, dah g kedai macam macam la nampaknyer barang yang berminat, throttle grip kelabu x masyukk laa.


Ha dah tukar throttle grip hitam , kena sikit.


Plate no jangan lupa pasang..



Sepasang la takkan la sebelah jerr...


Mmm ok kot!


Makan siapllah sebuah sport berwajah baru hasil dari beli kat jiran RM300



Memang betul betul berbaloi, pasnie kalau ada sen lebih sikit nak tukar rim depan tu , janggal jer kat dpan rim, blakang sportrim




   Petang nie boleh la bawak anak ronda ronda, jadi sesapa yang rasa - rasa ada member yang nak jual motor tu beli je la boleh buat nyer, Selagi enjin boleh gerak , InsyaAllah motor tu boleh dinaikkan seri lagi, g je Sentul tu semuanya ada, nak ekzos buluh pon ade, tapi motor - motor korang tu jangan la bawak g merempit, X dapat apa pon , percayalah, baik ko  buat fogging kawasan rumah korang hilang gak nyamuk aedies yang nak membiak tu, Jangan marah ha gurau jer. Tapi walaupun banyak masa yang aku habiskan kat motor ni, Aku masih lagi mencari honda cub dulu dulu seperti c50, c65, c70 sebab motor2 ni serius memang rare dan syok kalau di make over balik, Rasanya kalau dapat honda cub, motor ni dapat la kat ayah kat kampung , Terima kasih kerana sudi membaca blog aku ni, Komen la apa yang patut kat bawah tu , Salam.

-KOS BELI MOTOR                                                     =   RM300

-COVER SET BARU FULL SET SEMUA, TERMASUK 
 MENTOL DAN LAMPU DEPAN , SIGNAL SET             =   RM158
-THROTTLE GRIP                                                        =   RM5
-PLATE NO STIKER DEPAN                                         =   RM5
-SKRU HUB TAYAR DEPAN                                         =   RM8
-STARTER KAKI                                                          =   RM8



JUMLAH SEMUA TERMASUK MOTOR = RM 484
Alhamdulillah T.Kasih kat Jiran Tangankarat>> Shah, sebab jual motor ni kat Tangankarat, Terima Kasih