Thursday 22 November 2012

Basikal Buruk

   Bekerja dengan lori biasalah, macam - macam benda yang dah diangkat , nak jadi cerita ada satu hari dapat lah Tangankarat job dekat area UPM, Pindah barang - barang dari rumah seorang pensyarah ni, yang dapat job ni Epul kawan yang baru Tangankarat kenali.
 
   Sampai jer rumah pensyarah tu, slow slow Tangankarat undur lori masuk rumah dia, bukan apa takut terlanggar lak barang - barang kat garage dia yang "bersih" tu. Tangankarat pandang sekeliling macam - macam barang berselerak merata rata kat rumah ni, mak aihhh nak jadi muzium kot hehe!! Dah abis angkat mengangkat, macam biasa tuan rumah mesti suh clear barang,Tangankarat trus ushar satu basikal buruk ni, dalam hati berfikir....basikal lama ada kat stor, kalau Tangankarat joinkan part yang ada boleh jadi satu basikal ni, apalagi bermulalah project DIY Tangankarat..

   Penat gak haritu, punggah barang - barang ni bawak balik ke stor Tangankarat kat Nilai 7 tu, ni la keje Tangankarat , selain menguruskan khemah Arabian Tangankarat tu, hari biasa biasanya Tangankarat sibuk dengan mereka mereka yang sewa khidmat movers dan transport dari syarikat Tangankarat ni.

   Senyum je si Epul tengok Tangankarat junjung body basikal karat tu, dia tau Tangankarat mesti ada project baik nyer hehe. Sampai rumah Tangankarat settlekan basikal tu satu satu, habis part basikal ni 
di baraikan pastu Tangankarat gosok ngan kertas pasir sampai licin, Runner jap pegi hadware terdekat cari warna orange, xde la pulak, biasalah bukan semua yang Tangankarat nak boleh dapat ye tak? jadi belilah botol spray warna kuning siap spray clear dia skali.  Jadilahhh....

   Dah gosok satu basikal , perghh basah gak la celah ketiak Tangankarat, Pedal " Pengayuh Basikal" Tangankarat gabungkan sebelah lain yang sebelah lagi basikal biru lama punyer, oklahh dah boleh kayuh nantii. Cari kat lori Tangankarat, jumpalah tali nak buat sangkut basikal ni tuk diwarnakan nanti, bab nie memang banyak sabar sikit, Time nak start spray jer datang lah angin yang x berapa sesuai kalau nak spray benda benda camni ( boleh meleleh nanti). Tangankarat menunggu dengan sabar,

    Jiran baik Tangankarat jenguk jenguk dari jauh, apa la Tangankarat punya keje tuu... Hehe last last datang tolong sebelah Tangankarat," Fendi ! ok tak warna kuning ni, macam cair jerr?"  " Ok la tu.. Jawab Fendi dgn senyumann," brader Fendi memang terkenal ngan basikal rm5k dia kat kawasan ni , manalah sama ngan basikal karat Tangankarat ni hahaha...

   Dua hari gak la nak jadikan body basikal ni berubah jadi camnie, bab rim ni malas Tangankarat nak keluar duit bebanyak, Tangankarat gosok gak rim tu pastu spray kaler hitam di saluti ngan clear yang menyinar cewaahh. Petang tu siap lah sebuah basikal kuning berseri yang pada awalnya nak dibuang kat tempat perlupusan sampah,




   Termasuklak sikit gambar kereta Tangankarat kat belakang tu, takpe tunggu ada gak sessi DIY bersama BusMiniWilayah tu nanti tunggguuu.....

   Sayang kengkadang benda2 macam ni boleh adjust lagi tapi perlukan afford yang tggi gak la!!Petang tu Tangankarat ajak anak sulung aku ngan adik dia pusing pusing taman, mulai hari ni dah dapat lah
Tangankarat pusing pusing taman ushar ushar apa yang patut hahah, Anak sulung Tangankarat pon bangga dengan basikal dia yang Tangankarat dah upgrade balik warna dia ....
    
   Semua siap dah akhirnya kos lebih kurang camnielah:

- 2 tin cat kuning rm8.00 x 2 =  rm16.00
- 2 tin spray clear         =          rm16.00
- 2 tiub basikal baru      =          rm18.00
- kertas pasir 2 keping  =          rm2.00
- tongkat ngengada jerr =          rm13.00

JUMLAH SEMUA        =          rm65.00

Berbaloi la Tangankarat rasa dgn kos yang rendah dapat satu basikal , ada gear lak tuu..



Buat masa ni xde masalah lagi dengan basikal kuning ni, berkhidmat dengan baik skali,tapi tengok jiran2 main MTB rege macam kereta kancil sebijik tak berani lak nak join InsyaAllah ada rezeki berniaga nanti boleh lah join WallahuAllam....

2 comments:

  1. Nk bisnes goyang kaki sila pm no saya +6011 1517 8834 (alzam)

    ReplyDelete
  2. Nk bisnes goyang kaki sila pm no saya +6011 1517 8834 (alzam)

    ReplyDelete