Friday 30 November 2012

PASANG CANOPY HIGH TOP kat SENAWANG





RABU 28HB NOVEMBER 2012




    Pagi ni awal Tangankarat menunggu bebudak tuk datang memunggah dan memasang khemah yang sudah ditempah.

   Kalau nak ikutkan tempahan khemah nak pakai
1 Disember 2012, Tapi memang dah menjadi kebiasaan Tangankarat menyediakan khemah tempahan lebih awal, 2 ke 3 hari dari tarikh sebenar. Bukan apa sebenarnya banyak yang perlu  Tangankarat pastikan, takut kalau pasang last minit ni, sebab tanpa khemah takkan jadi sesuatu majlis tersebut betul tak?

   Jadi setiba je kat stor / gudang AZ Empire
( Nama Syarikat Tangankarat), Fahmie & Abe terus je semangat naikkan roller shutter depan gudang tu, Terus Tangankarat undurkan lori untuk memulakan proses loading besi besi khemah tu. Harini Tangankarat suh bebudak bawak benda - benda basic dahulu iaitu besi khemah dan canvas khemah.Wiring , kipas dan lampu Tangan karat suh naikkan sekali.

    Meja dan kerusi hari Jumaat malam (last day), baru Tagankarat bawak, bukan apa pasang awal - awal ni ada juga risiko lesappp!!! Tak boleh nak kata apa, benda ada harga, sekejap je jadi wang!


    Harini laju jer Fahmie dan Si Abe ni naikkan barang - barang, baik punyer susun. Pernah Tangankarat susun 5 set khemah full set dengan meja dan kerusi untuk sesebuah event (malahan lebih), bukan apa malas tul nak bawak sampai 2 trip untuk sesuatu event.

   Semangat bebudak ni , bukan apa sebenarnya Tangankarat ambil gambar cakap nak masuk blog.. kuat semacam la bebudak ni. Yang kurus melidi kat gambar bawah ni Abe, yang dalam lori tu stanby susun barang tu Fahmie.

    Cepat - cepat , Tangankarat suh dorang cepat haha saja jer.. Macam - macam barang canopy Tangankarat susun dalam ni, Kalau nak tau dulu depan rumah Tangankarat susun benda-benda ni sumer, BAYANGKANLAH!!!

   Stor ni bukan Tangankarat punyer sorang, kalau ada baca postig sebelum ni, ada gambar adik Tangankarat , dia lah sorang yang menyimpan barang - barang syarikat dia plak disini. Syarikat dia (Farid) handle bahagian P.A System, Lighting dan Stage. Kami berkongsi stor ni berdua.
    Besar gak la stor ni , boleh la muat boeing 747, x adalah bergurau plak!! Boleh la muat lori treller kalau nak la. X sangka banyak dah barang - barang Tangankarat skang.

   Awal lagi belum gelap, laju sikit Fahmi, Tangankarat suh ceoat , takut gelap. Bukan apa order kat senawang, nak naik highway Lekas lagi, macam - macam boleh berlaku.
Tengah susun Topping Atas Canopy

Meja meja yang ada disusun rapi

Meja 10 dan Meja 8 orang makan

Flight Case Snyzer Management

Macam - macam ader!!

 BMW E36 Farid terbengkalai akibat salah hantar workshop!

     Gambar keta kat atas tu keta Farid (adik), memang Tangankarat menggunakan model yang sama dengan dia, Tapi sayang sebab tersalah bengkel dihantar untuk membaiki kerosakan di Nilai, Hampir 1 tahun kereta tersadai dan terpaksa kami tarik ke gudang ni ( Mekanik lari bro!!)






  Susun atur memang dah dalam kepala Si Fahmi ni, jadi Tangankarat x nak kaco lah. Dia paham kerja dia, Citer pasal pekerja ni , macam - macam budak dah bekerja dengan Tangankarat, kebanyakkan pelajar pelajar kolej Segi. Mereka banyak menghabiskan hujung minggu mereka buat Part Time dengan AZ Empire Management, x pon dengan Snyzer Management.
 


   Sampai area Senawang cari Tapak Surau untuk pasang khemah, tanya orang kampung, Kek Mano kak Tapak Surau ni ha, Den nak naikkan khemah ni!  Akak tu tunjukkan la rupanya sebelah kami jer, yang Abe ni dah lapar sangat beli la goreng pisang nak alas perut dulu.


Turun barang- barang

    Ni la benda awal sekiranya nak naikan khemah, Rangka dan sudut -sudut perlu disusun dahulu, pastu tiang tiang semua diletakkan dalam kedudukan yang betul. Kalau skill salah ada, kerja memang jadi lambat, dan ada kalanya menyebabkan Canopy yang hendak didirikan tak dapat naik.
    Lima khemah hendak dinaikkan , kejar masa sebelum marghrib, pasang area surau ni, ganggu lak nanti. Terbakar lak kena panah kat petir baru tau.
Fahmi ni happy jer orangnya!! Teruskan Mie!


    Ni la surau yang dimaksudkan oleh Tangankarat, Memula tu terkejut gak jemaah surau ni sapa lak nak kahwin ni, maklumlah awal sangat , ingatkan ada sesiapa kahwin malam tu.


                                                                                                                                                       
Memang berbeza naikkan canopy Arabian dari Pyramid

Tiga khemah dah steady , tapi masih dalam keadaan rendah , nak pasang scallop senang sikit. 
Gambar tak terang, Handset zaman Gaban dulu macam tulah gamaknya



   Malam tu semua Kelima - lima canopy berjaya kami naikkan , siap scallop sekali, longkang jalan air hujan , wiring lampu dan kipas pon dah siap, Kesian 2 orang ni basah kuyup pasang scallop tiang dalam hujan lebat. Tapi inilah rahmat Hujan ada juga membawa kebaikkannya, kesemua kanvas khemah ni bersih dicuci oleh hujan lebat pada malam tu, Gambar perkahwinan bawah khemah ni nanti Tangankarat   update . Malam tu balik kul 12 malam , Alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment