Tuesday 15 January 2013

Cari Basikal MTB Tangankarat

 14 Januari 2013


   Malam tadi, Tangankarat x dapat tidur duk pikirkan basikal mana yang nak dipilih, selepas balik daripada kayuhan amal kat UPM haritu ( rujuk post lama Tangankarat), Tangankarat dah naik syok la berkayuh dengan jiran jiran ni.

  Jadi saudara Fendi jiran Tangankarat ni memulakan RACUNAN awal dengan Racun Basta 15 milik nya, tak cukup dengan itu Saudara Fendi pon memang dah selaku Pegawai Pertanian kat ofis dia membakar lagi jiwa Tangankarat dengan ayat 2 manis tentang penangan MTB ni tadi.

   Jadi Tangankarat pon ambik keputusan tuk beli sebuah basikal MTB ni, minat gak tapi takkan asyik bro, lotih la kan..Pagi tu, Cargasss Tangankarat ke Sungai Chua Kajang mengushar2 apa2 yang patut kat situ, Sampai sana apek kedai tu Tangankarat telefon, Dia cakap kedai dia dekat situ, susah sangat Tangankarat pon mintaklah alamat GPS dia. Biasalah kat Kajang ni, jem teruk nak buat U turn pun susah.

   Tangankarat pon ikut la saudari GPS tu kemana yang ditujunya, Nah selamba jer dia cakap dah sampai . Pandang kiri kanan x der pon kedai basikal ? KFC adalah.. rupanya Apek ni salah bg alamat tuk GPS, alamat sebenar dia ikut kordinat la pulak. Pusing la balik panas gak ngan apek ni tapi basikal punya pasal ikutkan je la. Puas memusing sampai la kat kedai basikal yang sebenarnya bukan kedai. Apek ni bukak kedai basikal dalam rumah dia jerr...


Basikal Exitway ni pon ok jerr
 

    Tapi yang terkejut nye tu, kebanyakkan basikal yang ada kat dia basikal baru branded ngan x branded. Ada jenama Fuji , Jamis, Xds, Monggose, Gt, Giant, Nexus dan banyak lagi la.. Memasuk jer rumah tu nampak satu Jamis 29ner depan mata , buat show off la tu, memang lawa tapi lari budget la ..jadi dia pon tunjuk satu basikal baru sampai jenama XDS ni, terus tak berlengah dia suh angkat.. uihh ringan jer.. Sebenarnya Tangankarat datang situ nak cari frame jenama Fuji yang diiklankan dalam website tu
    Tapi bila dah nampak basikal ni terus jatuh cinta pulak la, spec dia lebih kurang macam ni ha

Model : MX7.3 Weight: 12++Kgs, Speed 30, Disc Brake Hayes Dyno Hydraulic, Fork : Sr Suntour XCR Lock Out Remote, wheel Set ALEXRIM, Crankset : Deore FD,RD,Shifter, Cassette Deore 10 speed, Tyre Kenda Kozmik Lite 26, Handle bar UNO ultralit, Stem Alloy, seat VELO

Ni ha gambar dia:-



   Jadi Tangankarat pun deal ngan Apek tu nak datang petang bawak kawan, Tapi bila tengok harga basikal ni, Tangankarat pon melupakan hasrat tuk beli basikal ni sebab dah over budget. Pendam je la..

   Pastu Tangankarat call la si Fendi. Dia bagitau tunggu kul 3 petang area kedai basikal kat Dengkil. Dia try mengular awal sikit, kesian gak esok dia ada meeting nak g Pangkor tapi member nyer pasal cayalahhh...

Pekan Dengkil
  
   Laju la Tangankarat balik ke Nilai hantar anak bini tuk g kedai kat Dengkil tu. Sampai area Dengkil mengular jer mata memandang kedai basikal yang ada. Call Fendi dia kata kedai hujung, kedai awal tu x friendly.. Nampak kereta Fendi terus tolak signal bagi belah kiri, ermmm ada lak parking macam tau tau jerr..

   Sampai jer kat situ nah kooo.. Basikal XDS biru ni dahbaik punya dia gantung sebagai Display basikal baru kat situ.. Fendi tak tau sebenarnya Tangankarat dah duk ushar basikal tu dari tadi.. Fendi pun cakap camni ha.. Aku rasa ni basikal yang paling best la kot tuk ko.. beginner kan, gear dah 30, Fork ada remote, Gear Shimano Deore dan apa lagi tah dia ngarut.. Tangankarat baru lagi x pandai sangat la bab2 ni.. Dia cakap .. tapi lebih budget ko .. kita tengok yang ikut budget koo kat atas ada lagi.

  Anak tokei kedai ni Frankie memang peramah tak hingat, ko tak beli pon dia layan baik... Naik atas banyak lagi basikal yang ada .. Usik sana , gosok sini, Pegang sana, Ushar sini, x leh gak Buat masa ni 2 Jer pilihan yang ada kat mata ni Exitway M6 ngan basikal biru ni.

   Turun bawah hati tak senang, jadi bawak turun dua - dua basikal bagi rasa, yang best nya basikal biru ni brake set dia Frankie dah upgrade tak sama mcm kat Sungai Chua Kajang tadi. sebab model kat Dengkil ni Display nak tarik Customer la katakan.

    Jadi ... Tangankarat belilah dengan harga???? heheh call la kalau nak tau open sgt nii.. Tawar habis punya basikal ni.. korang percaya tak beli basikal ni dapat glove, botol air , tongkat ngan topi skali dalam satu harga. Kalau kat Kajang, barang tambah harga lain.........?????



   Maka petang tu , Tangankarat bawalah MTB biru ni balik rumah, member2 yang lain banyak gak membantu, TerimaKasih lah semua ok!! pasni kalau nak ride Tangankarat on jerr, tapi kalau naik lori cam biasalah lah yerr hahahaha !!!
   
   Sampai rumah Fendi bakar bebudak cakap body ni carbon. sesuka hati jer membakar... last2 budak tau gak Fendi oiii. ok ngantuk belek basikal ni.. Salam..otai otai lama semua, yang high end tu Tangankarat minta ajar ok ....


7 comments:

  1. Bang..body saiz ape ni...sy pon tgh mencari2 mtb buat tunggangan.....dan berapa harga pinangan si biru tuuu....

    ReplyDelete
  2. Saya baru nak beli basikal MB XDS juga...Ok ke..harga dalam 1.2K ..tengok terus bekenan...baru nak mula berbasikal.

    ReplyDelete
  3. Saya baru nak beli basikal MB XDS juga...Ok ke..harga dalam 1.2K ..tengok terus bekenan...baru nak mula berbasikal.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam bro, boleh tahu berapa price? saya jumpa model body sama kat tempat saya tapi spec lain.. nak compare2 nih.. p/s saya newbieeeeee

    ReplyDelete
  6. Basikal jenis adventure tu lansung tak boleh kayuh lasak... aku pakai RELEIGH ENDURO PRO tahun 2012 RM1800 aku beli... skang aku nak yang extreme, DOWNHILL BIKE harga dalam RM5000 aku sanggup agi... kalau ada tempat ko boleh call aku 017 992 3135

    ReplyDelete
  7. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR

    ReplyDelete