Friday 21 December 2012

BOTOL SPRITE ,COCA - COLA , PEPSI ,7UP, F&N


KHAMIS 20 DISEMBER 2012


    Lama Tangankarat tak dapat update cerita baru tuk blog Tangankarat. Sibuk dengan kehidupan seharian nak mencari sesuap nasi lah katakan. Malam ni lepas semua dah clear, Tangankarat tarik laptop dan update cerita pasal satu lagi hobi Tangankarat ni,




    Ye, botol lama memang menjadi lagi satu hobi yang Tangankarat gemari, mungkin ramai tak tahu tetapi inilah sebenarnya. Tangankarat mula gemar mengumpul botol botol daripada jenama Coca - cola , Sprite, 7up, F&N dan memacam lagi la disebabkan keunikan yang ada pada bentuknya dan sebab dah rare.Sekarang ni , kalau gi kedai minum air bergas ni, mana lagi dihidangkan dengan botol2 macam ni betul tak? Ramai generasi skang ni pon dah tak kenal botol2 ni lagi. Tin dorang kenal la!.



  Minat nye pasal, teringat kat kampung Tangankarat ada satu kedai kopi lama milik pakcik Tangankarat. Balik je kampung terus menggeledah belakang kedai mana tau dapat botol2 rare ni, Alhamdulillah memang ada rezeki, jumpa botol2 ni siap rak (crate ) ori dia lagi. Pengaruh blog "botologi" ade gak hehe!

   Apalagi, Tangankarat pon angkut la semua botol tu, nak basuh. Terkejut la pakcik Tangankarat sambil bertanya " apo ko nak buek botol tu ?" haha. Tangankarat ceritakanlah serba sedikit. Sampai rumah rendam ngan sabun seminggu. Nah berkilat pon, payah gak nak cuci benda ni. Terserlah la tulisan kat botol tersebut dan ada daripadanya memang rare dan susah nak kesan perbezaannya.

Coke depan ada tulis Coke kecik, yang belakang xde pon!!

   Tapi rasanya banyak banyak botol yang Tangankarat sayang ialah botol Sprite ni, Rujuk gambar bawah ni! Sprite yang pertama bertitik merah, kedua sprite titik kuning dan yang ketiga dan yang rare tu  ialah sprite bintang. Ada satu je sprite bintang ni Tangankarat dapat jumpa dari semua longgokan botol tu. Memang mengumpul benda2 lama ni mempunyai kepuasannya sendiri yang tak tau nak ceritakan bila kita dapat benda yang orang takde. 


















Botol2 jenama lain ada gak contohnya botol Pepsi tu, Tangankarat baru dapat kumpul dua je yang berbeza coraknya. Botol2  F&N, 7up. Kickkapoo dan jenama minuman lama pon ade Tangankarat kumpulkan sekali.





    Kesemua botol botol ni Tangankarat simpan rapi dalam almari rare gak, nanti Tangankarat update lagi pasal almari ni.Umur almari ni lama gak la , masih ada gambar ibu Tangankarat bergambar sebelah almari sewaktu beliau masih kecil lagi.


Semua botol ni ada keistimewaan nya bagi peminat peminat botol dan barangan lama ni.









  Buat masa ni Tangankarat x nak jual la barang2 ni sayang, jadikan perhiasan jer kat rumah. Ada juga yang tanya2 nak beli satu dua botol. Tangankarat x kasi pon haha.. Tapi Tangankarat respect gak kat yang bebetul fanatik kat botol2 ni sampai sanggup merantau negeri2 lain nak cari botol jer. Apa- apapun teruskan usaha anda brader2 semua.

No comments:

Post a Comment