Friday 23 November 2012

Durian oh Durian!!

JUMAAT 23 NOVEMBER 2012



      Semalam Tangankarat dah dipanggil balik ke kampung oleh Ayah Tangankarat, 2-3 kali gak la berdering handphone, "Tak nak balik ker? tanya Ayah Tangankarat, "Durian dah berpuluh bijik jatuh ni!!" , Tak tahan godaan yang diwar - warkan oleh orang kampung , Tangankarat terus ambil keputusan balik kampung bawak anak bini, bab ni la best nyer keje sendiri, suka2 hati boleh balik kampung,


  Masa yang diambil nak sampai tu tak la lama sangat, kampung dekat la katakan, masuk highway lekas, zup zap sampai la kat kampung Tangankarat kat Kuala Pilah tuu. Bab sampai jer kat kampung , Tengok kat laman rumah dah sampai lak Pak Lang sekeluarga dari jauh, maka coverline la sikit Tangankarat nak melahap durian durian yang menunggu, Tapi tak tahan punya hal, sambil berbual bual ngan Pak lang, Tangankarat pon kopek sebiji demi sebiji durian sambil menyapa Pak lang dan anak bini Tangankarat makan, heheh mana tahan beb...


   Cerita Tangankarat melantak durian durian ni belum lagi berakhir, lepas saja Pak lang berangkat balik, Dum!!! Dammm!! Sebiji demi sebijik durian freshhh dari ladang belakang rumah kampung Tangankarat gugur kat bumi , Apa lagi terus di sambar la oleh Tangankarat sekeluarga, Yang best nyer bab Durian ni memang menyatukan kami sekeluarga, semua memang hantu durian( kaki durian). 


   Dari Atuk, Ayah, Ibu, Isteri, Anak-anak, Semualah kalau bab Durian memang riuh la sikit, berlawan - lawan dengan orang rumah Tangankarat menyuap durian yang Panassss ni. Teringat anak kedua TanganKarat si Dhiya tu, sampai cakap pelat anak kecil" Ayah adik nak nak dah enyang" ( Ayah adik tak nak dah kenyang) ha baru dia tahu selalu sibuk sangat nak "ian" (durian). Si abangnya Adam, selalu susah tul nak makan , tapi bab durian laju jerr. Malam tu lepas sahaja selesai makan malam sekeluarga satu insiden yang dah banyak di ulangi akan berlaku dari siang tadi berlaku. Perut Tangankarat mengeras mengembung tak dapat dikawal, terduduk la kat sofa tu mengadap kipas pusing, nasib la orang rumah duk gosok gosok perut Tangankarat ni hehehe, sejuk la sikit.

 
   Hari ni lepas sembahyang Jumaat tadi , banyak lagi durian yang jatuh, takut Tangankarat nak cube makan, tapi siapa boleh lawan Raja Durian, Tangankarat Kopek gak lagi makan hahaha tak tahan bro!!
Petang dalam kul 5.30, Tangankarat beransur pulang ke Nilai dengan bekalan penuh di belakang kereta , bukan apa kiriman tuk adik beradik yang lain bialasah.. Penuh la kereta kesayangan Tangankarat dengan durian kat atas ni, Aduihh esok kena operasi la wangikan kereta balik... nak buat camner sedappppp..

   Buat korang yang ada kampung tu balik la sayang , time ni la tuk jumpa reramai selain Hari Raya, yang rasa rasa ngidam sangat , tengok la gambar gambar yang Tangankarat tangkap tadi, boleh gak telan telan air liur sikit... hehe ok la , Tangankarat nak menyandar tengok tv penat la harini Salam...

No comments:

Post a Comment