Friday 30 November 2012

MOTOR LANGGAR SIDE MIRROR


    Pagi tadi 29 November 2012, Tangankarat turun ke Ibukota lagi, kali ni, Xde la teruk sangat sesaknya , Tapi kalau KL tak sesak jangan panggil namanya KL la kan?.Hari ni tenteram sikit dalam kereta sebab Hero dan Heroin Tangankarat, dah Tangankarat hantar dulu awal - awal kat rumah penjaga mereka kecik kecik dulu, Walaupun ibunya yang membesarkan dan menjaga mereka sekarang, tetapi mereka berdua masih contact dan rapat dengan penjaga mereka yang sudah dianggap macam Ayah dan Ibu kandung mereka.

    Tengah duk rilek layang jem kat jalan Ampang, Tangankarat play la cd yang ada dalam player kereta Tangankarat tu, Wings rupanya, ermm memang layan habislah. Sambil menyanyi dengan tingkap tertutup, bersilih ganti pemilik motorsikal menyelit dalam kesesakan lalulintas tu.

    Teringat masa 5 tahun dulu , pernah juga Tangankarat jadi despatch dalam KL ni nak sara hidup masa memula kahwin, Bukan senang masa tu nak mintak kerja , hulu - hilir bawak ijazah tapi jawapan biasa" Nanti I call balik yer" Betul tak graduan graduan semua?? Tu juga antara sebab Tangankarat kuat nak cari job sendiri.

    Ish melalut lak kesitu, sebenarnya Tangankarat nak citer, dalam duk rilek degar lagu tadi, tetiba bang! wreng! wreng! bunyi motor enjin 2t selamba jer langgar side mirror M3 Tangankarat, aduihh rasa kat hati ni bro, Tangankarat memang sayang sikit kat keta ni macam Wife kedua. Retak hati ni rasanya




    Tangankarat jenguk keluar , nah terkulai layu (macam lagu rock kapak dulu - dulu tu) side mirror kereta Tangankarat, ermm keluarlah *%#@!? kat mulut ni, Astarghfirullahalazim.. tak sempat nak brek mulut Tangankarat. Ni la akibat menyelit , tolong la bro bawak motor bebaik la sikit, Tapi nak marah rasanya dulu ada gak terlanggar side mirror keta ni, tapi siap berhenti betulkan balik kat situ (Kancil)


   Dah la meraban sekejap x leh pandang belakang, Tangankarat memang kekok kalau tak ada side mirror, kengkadang terpikir macamana adik adik yang baru dapat lesen ni boleh halakan side mirror dorang sumer kebawah, tak guna ker? adoiiiyaiiii.


   Tangankarat berhenti la sekejap kat tepi jalan tu sambil membelek side mirror tu, rasanya boleh masuk balik ni, Apalagi DIY la, masukkan pin dia balik pastu BANG!! penangan Tangankarat menghentak side mirror tu sampai masuk. 


    Alhamdulillah masuk pun, wiring sumer ok x putus dan berfungsi, boleh la jalan balik macam biasa, tapi ada gak la sompek sikit kat side mirror tu! Terasa sompek jugalah kat hati Tangankarat ni selagi tak di touch up!


Nasib baik tak patah!!
Ermm lepas tu perjalanan baik saje, Tengahari sikit duk pusing pusing lak ushar lori 3 tan, Serik la bro asik berhenti jer naik lori 1 tan Tangankarat tu.. Doa - doakan la semua settle. Salam..

PASANG CANOPY HIGH TOP kat SENAWANG





RABU 28HB NOVEMBER 2012




    Pagi ni awal Tangankarat menunggu bebudak tuk datang memunggah dan memasang khemah yang sudah ditempah.

   Kalau nak ikutkan tempahan khemah nak pakai
1 Disember 2012, Tapi memang dah menjadi kebiasaan Tangankarat menyediakan khemah tempahan lebih awal, 2 ke 3 hari dari tarikh sebenar. Bukan apa sebenarnya banyak yang perlu  Tangankarat pastikan, takut kalau pasang last minit ni, sebab tanpa khemah takkan jadi sesuatu majlis tersebut betul tak?

   Jadi setiba je kat stor / gudang AZ Empire
( Nama Syarikat Tangankarat), Fahmie & Abe terus je semangat naikkan roller shutter depan gudang tu, Terus Tangankarat undurkan lori untuk memulakan proses loading besi besi khemah tu. Harini Tangankarat suh bebudak bawak benda - benda basic dahulu iaitu besi khemah dan canvas khemah.Wiring , kipas dan lampu Tangan karat suh naikkan sekali.

    Meja dan kerusi hari Jumaat malam (last day), baru Tagankarat bawak, bukan apa pasang awal - awal ni ada juga risiko lesappp!!! Tak boleh nak kata apa, benda ada harga, sekejap je jadi wang!


    Harini laju jer Fahmie dan Si Abe ni naikkan barang - barang, baik punyer susun. Pernah Tangankarat susun 5 set khemah full set dengan meja dan kerusi untuk sesebuah event (malahan lebih), bukan apa malas tul nak bawak sampai 2 trip untuk sesuatu event.

   Semangat bebudak ni , bukan apa sebenarnya Tangankarat ambil gambar cakap nak masuk blog.. kuat semacam la bebudak ni. Yang kurus melidi kat gambar bawah ni Abe, yang dalam lori tu stanby susun barang tu Fahmie.

    Cepat - cepat , Tangankarat suh dorang cepat haha saja jer.. Macam - macam barang canopy Tangankarat susun dalam ni, Kalau nak tau dulu depan rumah Tangankarat susun benda-benda ni sumer, BAYANGKANLAH!!!

   Stor ni bukan Tangankarat punyer sorang, kalau ada baca postig sebelum ni, ada gambar adik Tangankarat , dia lah sorang yang menyimpan barang - barang syarikat dia plak disini. Syarikat dia (Farid) handle bahagian P.A System, Lighting dan Stage. Kami berkongsi stor ni berdua.
    Besar gak la stor ni , boleh la muat boeing 747, x adalah bergurau plak!! Boleh la muat lori treller kalau nak la. X sangka banyak dah barang - barang Tangankarat skang.

   Awal lagi belum gelap, laju sikit Fahmi, Tangankarat suh ceoat , takut gelap. Bukan apa order kat senawang, nak naik highway Lekas lagi, macam - macam boleh berlaku.
Tengah susun Topping Atas Canopy

Meja meja yang ada disusun rapi

Meja 10 dan Meja 8 orang makan

Flight Case Snyzer Management

Macam - macam ader!!

 BMW E36 Farid terbengkalai akibat salah hantar workshop!

     Gambar keta kat atas tu keta Farid (adik), memang Tangankarat menggunakan model yang sama dengan dia, Tapi sayang sebab tersalah bengkel dihantar untuk membaiki kerosakan di Nilai, Hampir 1 tahun kereta tersadai dan terpaksa kami tarik ke gudang ni ( Mekanik lari bro!!)






  Susun atur memang dah dalam kepala Si Fahmi ni, jadi Tangankarat x nak kaco lah. Dia paham kerja dia, Citer pasal pekerja ni , macam - macam budak dah bekerja dengan Tangankarat, kebanyakkan pelajar pelajar kolej Segi. Mereka banyak menghabiskan hujung minggu mereka buat Part Time dengan AZ Empire Management, x pon dengan Snyzer Management.
 


   Sampai area Senawang cari Tapak Surau untuk pasang khemah, tanya orang kampung, Kek Mano kak Tapak Surau ni ha, Den nak naikkan khemah ni!  Akak tu tunjukkan la rupanya sebelah kami jer, yang Abe ni dah lapar sangat beli la goreng pisang nak alas perut dulu.


Turun barang- barang

    Ni la benda awal sekiranya nak naikan khemah, Rangka dan sudut -sudut perlu disusun dahulu, pastu tiang tiang semua diletakkan dalam kedudukan yang betul. Kalau skill salah ada, kerja memang jadi lambat, dan ada kalanya menyebabkan Canopy yang hendak didirikan tak dapat naik.
    Lima khemah hendak dinaikkan , kejar masa sebelum marghrib, pasang area surau ni, ganggu lak nanti. Terbakar lak kena panah kat petir baru tau.
Fahmi ni happy jer orangnya!! Teruskan Mie!


    Ni la surau yang dimaksudkan oleh Tangankarat, Memula tu terkejut gak jemaah surau ni sapa lak nak kahwin ni, maklumlah awal sangat , ingatkan ada sesiapa kahwin malam tu.


                                                                                                                                                       
Memang berbeza naikkan canopy Arabian dari Pyramid

Tiga khemah dah steady , tapi masih dalam keadaan rendah , nak pasang scallop senang sikit. 
Gambar tak terang, Handset zaman Gaban dulu macam tulah gamaknya



   Malam tu semua Kelima - lima canopy berjaya kami naikkan , siap scallop sekali, longkang jalan air hujan , wiring lampu dan kipas pon dah siap, Kesian 2 orang ni basah kuyup pasang scallop tiang dalam hujan lebat. Tapi inilah rahmat Hujan ada juga membawa kebaikkannya, kesemua kanvas khemah ni bersih dicuci oleh hujan lebat pada malam tu, Gambar perkahwinan bawah khemah ni nanti Tangankarat   update . Malam tu balik kul 12 malam , Alhamdulillah..


Tuesday 27 November 2012

SSM SURUHANJAYA SYRKT MALAYSIA


    Pagi Tangankarat bangun harini, gegar satu rumah suh bangun ikut pegi SSM, dah mati dari bulan Mei tu.Tapi biasalah time time macam ni la nak bersama dengan family, hari minggu sibuk buat kerja jer. Semua dah settle bersiap, Tangankarat bawak semua breakfast kat kedai Manusallwa bawah rumah ni jer, Regular customer dah kat situ, Takyah order duduk je si Panjang ( pekerja Bangladesh kat Restoren ni) dah tau menu dan air, Nasi lemak abis lak harini jadi order la roti canai ngan kopi o ais kegemaran Tangankarat.



   Anak - anak Tangankarat memang dah jadi kebiasaan mereka tuk breakfast bersama, pandai je dia order. Dhiya ni biasa order" Lur satu, Pi oo satu" Telur satu Teh O satu", Adam macam biasa la susah nak makan, macam nak bagi racun kalau nak suh dia makan, tapi harini dia makan gak la Alhamdulillah.




Bergurau kat kedai mamak cam kat rumah dia jerr!!


   Start keta, terus je menuju ke KL Sentral, dah syok syok menekan pedal minyak, sampai je sebelum tol sungai besi nah! Beratur panjang kereta aduih macam siput kenderaan bergerak, slow je sampai kaunter tol tu, Ada Touch n Go pon x guna. Lepas tol sungai besi kenderaan lagi teruk sesaknya, rasa nak ambik lori Tangankarat langgar je sumer keta, xde paper pon jem gak macam ni.


 


   Dah depan sikit sebelum naik MRR2 baru lah berjalan sikit, tadi dah macam banjir je penuh dengan kenderaan bersesak sesak ke kotaraya.










Lepas je Kerinchi Link semua settle dah pecut balik tapi kegembiraan tu tak lama ,






    Sampai je Bangsar nah ko, Jem balik.. Dah lama tak rasa pengalaman cam ni, Duk kat Nilai memang syok x de dah Jem macam ni Arghhh Tension nyer Tangankarat.
   Nak buat camner ikut kan je la...


  Bangsar banyak berubah dah skang ni, dulu tempat Tangankarat hulu hilir jer naik kereta, skang ni kiri kanan penuh bangunan. Ushar dari dalam kereta banyak bangunan baru kiri dan kanan, 

 Sampai pon KL Sentral, setelah 2 Jam perjalanan, kalau biasa 20 minit pun tak sampai kalau Tangankarat rembat keta tu , hish apa nak buat. Sampai kat SSM tekan no dapat no 3057, tggu la macam biasa,




No dah nak naik dah!! Rileks rileks..


   Akhirnya no dah naik, pergi kat kaunter akak tu cakap kena denda, padan Tagankarat nye muka sapa suh lambat renew, tapi skang ni ada diskaun renew 5 tahun RM50 jer tapi masuk denda kena la RM90 Hinggit, bayar je laaa gamaknyaa..

Dari Cheras Ke Nusajaya


 
   
                   Lori pertama Tangankarat, Model Ford Maxi tahun bila tah, tahun Gajah kot...2000cc Petrol

   Hari Ahad 25 November 2012 lepas, Tangankarat dapat satu job pindah dari Cheras ke Nusajaya Johor. Hasil dari iklan yang telah di "update" kat Mudah.com, berlambak lambak panggilan masuk ke handset Tangankarat, Pilih punya pilih, tepis punya tepis, adjust meng"adjust" komfem la job ke Nusajaya ni.
    
    Tangankarat memang suka kalau dapat job pindah ni, selain dari dapat pendapatan, Tangankarat dapat juga melihat negeri orang. Jadi dari 8.30 pagi,Tangankarat dah start lori 1 Tan Ford Maxi untuk warming up untuk pergi ke Taman Cheras Utama.
   
    Bila tengok alamat Cheras ni, macam biasalah Tangankarat terus sambar GPS( Guna Paling Senang!) dan tekan tekan mencari alamat client Tangankarat tadi. Aduih!!! Masalah datang, puas tekan tekan xde plak alamat ni, Jadi pakai POI ( Point of Interest) jelah, Tengok meter minyak Ermmm tak cukup ni, jadi Tangankarat terus je menuju ke Petronas berhampiran rumah nak isi Gas Ngv dulu, Hehe penuh baru Rm 9.80sen je. Tak tunggu lama terus Tangankarat drive masuk highway menuju tol sungai besi.Dalam 20 minit gak la sampai tol siggah jap kat stesyen Esso atau skag ni panggil Petron tuk isi minyak penuh.( Jalan jauh mana ada gas bro!!!)
   
    Puas gak la sedari dalam gps tu bercakap hehe, Tak lama tu sampai la Tangankarat dengan lori tercinta kat Taman Cheras Utama tu, call client dia kata bukan kat situ plak, alamat dia kat Cheras berhampiran Damai Alam, Tak guna tul la gps ni, alamat sama plak, Jadi lambat la sikit sampai ke rumah client ( Akhirnya dia yang jemput Tangankarat)
   
   Loading barang client sampai selesai, ramai yag membantu rupanya, Nama client tu Hanip, pindah ke Nusajaya sebab dapat offer lagi baik kat Legoland katanya, Perjalanan bermula dari tghari ditemankan si Hanip tu tadi, lama gak la berbual sampai ke Pagoh tambah minyak lagi, borak pasal kereta la apalagi kalau kaum lelaki nak berborak kan?Perjalanan berjalan lancar , lori pon ok takde buat hal. Dari panas terik sampai la hujan lebat, Tangankarat hadapi dengan tenang pada hari tu. Jauh gak la tempat tu, sampai exit tol Nusajaya kami pon masuk, bayar tol dan bergerak depan sikit bayar tol lagi , tol lima kedai. Hulur hulur je duit, budak tol tadi x nak duit , rupanya kena pakai Touch n Go kat tol ni.


   Akhirnya Sampai gak kat Nusajaya ni, Hanip ni Ketua Chef rupanya kat Legoland ni, Ni la rumah tempat tinggal pekerja pekerja Legoland. Barang yang banyak semua settle diangkat kakitangan Hanip ni, Bos la katakan.


377km dari Cheras ke Nusajaya.


Lori antara punca rezeki Tangankarat.


    Baik si budak Hanip ni , sebelum beransur balik ke Nilai, dia belanja makan dulu, petang gak la dalam kul 6.30pm Tangankarat beransur dari situ  nak keluar ke highway balik, Nak jadi cerita tah macam mana , Tangankarat terlajak sampai ke Perling, kena la pusing balik mencari tol lima kedai tuk keluar ke highway utara selatan semula. Ermm penat gak la, sampai je tol lima kedai yang terkenal ke"misteri"annya, Tangankarat buat bayaran kat tol, 
   
    Nasib Tangankarat x berapa baik harini, Lori meragam balik, alternator buat hal lagi,Haritu dah repair kat Nilai, ni dia buat hal gak lagi. Nasib baik ada atendan tol mintak tolak sampai ketepi tol, Aduih nak repair tak kenal sesiapa, terpaksa lah call adik Tangankarat tuk datang membantu, dekat 4 jam jugalah kalau nak tunggu dia yang masih di Kuala Lumpur.

   Call la balik si Hanip tu, dia bebetul  baik dan banyak membantu, Tangankarat tumpang sekejap di rumahnya sementara menunggu adik (Farid) Tangankarat dan pembantu (Amad Segi College) sampai untuk membantu.

  Tepat kul 1.30pagi mereka sampai di tol lima kuda membawa peralatan yang patut, Tangankarat dah check rupanya memang sah alternator punya hal, xde masa nak repair. Jadi Tangankarat ambil keputusan untuk menggunakan bateri Proton Arena yang dibawa mereka.


    Lama jugalah memandu balik sambil dorang ni follow kat belakang takut bateri abis boleh tukar balik, sampai pagoh isi minyak penuh balik (Kena cover la minyak kereta sekali ermmm!!), start je lori bateri abis lagi skali, Tangankarat suh si Amad park dulu rileks la jap sebelum tukar bateri balik dengan kereta Arena kat sebelah gambar tu.

Penggunaan Ngv di Lori satu tan



Adik Tangankarat dan Amad Segi tengah bukak bateri nak tukar dengan bateri lori,
Nasib baik la dorang datang membantu. Amad posing lagi..


Kereta Arena memang tahan x pernah buat hal lagi buat masa ni.


Bateri lori dah abis, Ngv tak boleh pakai, kalau tak save tuuu..


Kau kalau bergambar no1 la Amad...


Tangankarat pon nak bergambar, muka sehari tak tidor camnie laa....


   Lori oh lori nanti la Tangankarat tukar ko dengan lori baru 3 tan, tapi sayang gak banyak berjasa gak lori ni, 2tahun dalam bisnes dia la angkat semua besi canopy, kerusi, meja, barang Farid ( P.A system) dan memacam lagi la. Patut dah dia ni sakit.
   
   Lepas pagoh ni , Tangankarat mengantuk la, suh adik yang bawak lori. Tangankarat duk je dalam arena baring sambil bukak aircond. Pergh, layu mata Tangankarat. Perjalanan lancar la rasanya( dah tdo mana la tau apa apa) sampai ke Nilai. Setiba kat rumah dorang dua orang melantak lagi durian yang ada, aduih Tangankarat masih tak boleh nak rehat still ada masalah yang belum selesai, runner balik ke KL dengan wife tuk masalah lain lak...Macam tulah kalau bisnes sendiri ni, kengkadang senang, kengkadang tu susah jer, mata yang Rabak sbb ngantuk ditahan jer sampai petang , Petang tu sampai rumah Tangankarat memanfaatkan rehat dengan sepenuhnya. Sampai Ayah dan Ibu datang pon tak sedar apa nak buat.....